Pages

Friday, August 14, 2009

Bagaimana saya boleh membantu anda?

Saya menerima banyak email yang menyuarakan masalah seperti yang saya paparkan. Buat pengetahuan semua pembaca, bantuan pakar berada dekat dengan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke mana-mana klinik berdekatan dengan anda. Berjumpa dengan doktor biasa dan mohonlah surat rujukan ke klinik pakar psikiatri.

Klinik Psikiatri ada dikebanyakan Hospital di Malaysia ini.

Mengapa perlu berjumpa pakar psikiatri?
Rawatan hanya diberi setelah pakar memahami anda secara menyeluruh. Dalam kebanyakan kes, masalah anda tidak akan dapat diselesaikan dengan satu temujanji sahaja. Apatah lagi dengan hanya berhubungan melalui email. Anda akan dibantu bukan sahaja oleh Pakar Psikitri tetapi juga oleh kaunselor, psikologist dan terapist yang lain.

Tetapi ingat!!! rawatan bukan untuk anda menyerahkan kepada pakar menyelesaikan masalah anda! Anda cuma akan dibantu untuk belajar menyelesaikan masalah sendiri., dengan cara yang lebih baik ........

8 comments:

Anonymous said...

kaunseling atau psikoterapi mana satu nak pilih? atau sama jer?

giggle said...

dr. bole saya tahu prosedur yang betul untuk mendapatkan rawatan bagi yang mengalami tekanan perasaan di hospital kerjaan dan bagaimana dengan bayaran yang dikenakan? adakah mahal? adakah selepas rawatan org tersebut akan dianggap gila atau normal setelah rawatan?

Dr. Salmi said...

Bayaran di hospital kerajaan semuanya sama sahaja.
Jika anda bertemu dengan pakar di klinik pakar anda perlu membayar RM 5 sahaja.
Bayaran di klinik universiti seperti PPUM dan PPUKM lebih mahal. Bagi PPUKM bayaran klinik pakar RM20

Ramlee bin Pawanchik said...

Dr apakah ubat Sulpiride dan artane Harap dr terangkan fungsi ubat-ubatan ini kerana saya memakannya

cikgu lukman said...

dr. salmi...saya bekerja sebagai seorang guru... di sekolah saya sering menghadapi banyak tekanan daripada pelbagai pihak seperti murid, persekitaran tempat kerja dan rakan sekerja...saya sentiasa inginkan sesuatu yang sempurna dan saya ingin jadi yang terbaik di kalangan mereka. kadang-kadang saya merasakan diri saya terlalu emo dalam beberapa perkara seperti tekanan dan sindiran supaya berkahwin....perlukah saya berjumpa dengan pakar psikiatri...

Anonymous said...

salam dr salmi,
sy ingin mengetahui jika seseorang itu mengalami demam panas sehingga mengakibatkan dia kurang waras ketika kecil, adakah itu di dikategori sakit mental(psikosis)?
apakah rawatan moden sesuai krn sehingga kini pesakit masih berubat dgn perubatan islam/tradisional dan hasilnya tetap sama. dia kini dlm lingkungan 23 tahun.

terima kasih

Dr. Salmi said...

Maaf Semua yang menghantar soalan.... Saya dah lama tidak update blog ini...... Saya akan cuba menjawab soalan-soalan anda........

wan salmah said...

DR SALMI,
terima kasih atas pembinaan blog yg penuh informasi ini dan ia tlh byk memberi manfaat kpd saya.

saya sedang mendalami jiwa pesakit schuzophrenia delusion ini, maksudnya dari dlmn diri pesakit itu sendiri. ini penting kpd saya kerna saya dlm proses penulisan yg berkaitan pesakit ini. informasi ini penting kpd saya demi sebuah penulisan yg tepat dan berkualiti.

kpd Dr Salmi atau sesiapa yg sudi membantu saya dipersilakan memberi maklumat kpd saya ya.

Terima kasih.

wansalmah1594@yahoo.com